Site icon Sabah Baru News

Wanita tetak suami guna pisau pemotong daging

Tertuduh (dua dari kanan) diringi polis semasa hadir untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan

KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama enam hari selepas dipercayai menetak lengan kanan suaminya pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa di sini petang Isnin.

Perintah reman yang bermula kelmarin sehingga 4 Jun depan terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kes mendatangkan cedera parah dengan senjata.

Menurutnya, berdasarkan keterangan bapa mangsa, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini kira-kira 3 petang Isnin.

“Ujian saringan air kencing mendapatu, suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

wartaoriental

Exit mobile version