Site icon Sabah Baru News

Pesawat latihan Tentera Udara India terhempas di selatan India

Tentera Udara India mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian pesawat terhempas di Karnataka itu. – Foto Pakistan Strategic Forum


ANKARA:
Sebuah pesawat latihan Tentera Udara India terhempas di negeri Karnataka di selatan negara itu pada Khamis, menurut satu kenyataan rasmi.

Pesawat latihan Kiran itu terhempas berhampiran Chamrajnagar, Karnataka ketika menjalani latihan rutin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan tentera udara yang disiarkan di twitter.

“Kedua-dua anak kapal melenting keluar dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Bulan lepas, sebuah jet MiG-21 tentera udara India terhempas di negeri barat Rajasthan, membunuh tiga orang awam di darat. — BERNAMA

AWANI

Exit mobile version