Site icon Sabah Baru News

Annuar Musa umum sertai Perikatan Nasional

SEREMBAN: Tan Sri Annuar Musa menamatkan teka-teki berhubung masa depan politiknya apabila mengumumkan menyertai masuk Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Parlimen Ketereh dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) membuat pengumuman itu di atas pentas ceramah PN Negeri Sembilan di Senawang malam ini dengan menyifatkan UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat kerana sekadar menjadi tukang sapu kepada DAP.

“Namun realitinya hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat pada masa ini.

“UMNO bukan lagi parti yang mengutamakan perpaduan rakyat, UMNO bukan lagi parti yang nak menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara…ia sudah bertukar menjadi satu parti menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok dan puak tertentu.

“Sekarang ini mereka sibuk menjaga dan menjadi tukang sapu kepada parti DAP semata-mata,” katanya semasa berucap di Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang.

Pengumuman penyertaan itu terdahulu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum memberi laluan kepadanya berucap.

EDITOR AD

Exit mobile version