Site icon Sabah Baru News

Bayi baru lahir ditemukan atas reban ayam di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 51 tahun terkejut apabila menemui bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan di atas reban ayamnya di Kampung Jawa, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah, ACP Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan berkata, bayi lelaki itu ditemukan kira-kira 6.30 pagi.

Menurut Rohan, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Bayi seberat 3kg itu dihantar ke hospital.

“Bayi seberat 3kg itu telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan,” katanya sebelum menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan mereka yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu digesa menghubungi Polis Lahad Datu di talian 089-881255 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505,” tambahnya.

–Azmie Lim

Exit mobile version