Site icon Sabah Baru News

Program Jelajah Belia Sarawak diadakan 1 Julai di SICC

KOTA KINABALU: Program Jelajah Belia Sarawak akan diadakan pada 1 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak Morshidi Frederick berkata, satu mesyuarat Penyelarasan Program Belia Sarawak telah diadakan di sini baru-baru ini, yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Katanya, program berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abd Karim Rahman Hamzah bersama-sama Ellron. 

Menurutnya, program kolaborasi strategik diantara Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak bakal menghimpunkan seramai 1,000 peserta, terdiri daripada belia Sarawak yang melanjutkan pengajian dan bekerja di sini. 

Selain itu pelbagai aktiviti menarik bakal dianjurkan seperti Sesi Iced Breaking, Program Motivasi Bersama Ikon Belia, Sesi Sembang ‘Belia,,,, Apa Kata Kitak’ dan banyak lagi.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan serta tetamu kehormat yang lain.

–Yap Siong Han

Exit mobile version