Site icon Sabah Baru News

Gagasan Rakyat Mula Atur Persiapan Hadapi PRN17 – Hajiji

PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula mengatur persiapan bagi
menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bermula dengan pelancaran Gagasan
Rakyat Bahagian Pitas, hari ini.


Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji
Noor berkata, semua 73 bahagian parti itu perlu bersiap sedia dari sekarang untuk
memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Beliau berkata, semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera parti dan menambah keahlian di semua bahagian.


“Inilah yang kita akan lakukan bermula di Bahagian Pitas ini kerana tidak lama lagi
Pilihan Raya Umum (PRN), iaitu kira-kira dua tahun lagi”.


“Kalau GRS dan 73 bahagian Gagasan Rakyat sudah sedia, kuatkan bahagian,banyakkan ahli di cawangan, kuatkan jentera sayap kita, Wanita, Pemuda dan Beliawanis, insyaAllah kita boleh fikirkan untuk pastikan kita mendapat mandat rakyat sekali lagi pada PRN akan datang,” katanya ketika melancarkan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas di Dataran Pitas, di sini, hari ini.


Turut hadir ialah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pemuda GRS,
Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Cik Emmie M. Idang.


Gagasan Rakyat Bahagian Pitas adalah yang pertama dilancarkan oleh Hajiji diperingkat bahagian selepas pelancaran Gagasan Rakyat di peringkat negeri pada 2 Mac lalu.


Hajiji berkata, berdasarkan sambutan rakyat terhadap parti itu yang semakin memberangsangkan, beliau yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang
cerah di negeri ini.


“Rakyat kita mahu sebuah parti tempatan untuk menjadi platform kita berjuang membela nasib rakyat kita di Sabah. Kita tubuh parti ini bukan mudah, semua tahu perjalanan politik kita di Sabah ini berliku dan penuh cabaran hebat.

— Editor

Exit mobile version