Site icon Sabah Baru News

PN akan bertanding 245 kerusi DUN di enam negeri – Muhyiddin

Muhyiddin menjelaskan, PN akan bertanding di 245 kerusi DUN di enam negeri pada PRN akan datang. – Gambar fail/FB Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu menjelaskan, Majlis Presiden Perikatan Nasional telah mengadakan mesyuarat hari ini dan memuktamadkan rundingan kerusi untuk PRN bagi Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.

“PN akan bertanding di semua 245 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan, sebanyak 36 (kerusi) di Kedah, 45 di Kelantan, 32 di Terengganu, 40 di Pulau Pinang, 56 kerusi di Selangor dan 36 kerusi di Negeri Sembilan,” jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat PN di sini, pada Khamis. 

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 83 kerusi akan ditandingi Bersatu, 126 oleh Pas dan 36 kerusi oleh Gerakan.

“Jumlah kerusi baharu bukan penyandang bakal ditandingi PN adalah Bersatu 64 kerusi, Pas (50 kerusi) dan Gerakan (36 kerusi).

“PN juga ingin memaklumkan, jentera PRN di negeri-negeri ketika ini di tahap tertinggi persiapannya dan gerak kerja PRN komited mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah sementara misi menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” tegasnya.

AWANI

Exit mobile version