Site icon Sabah Baru News

Hajiji akan berbincang dengan Shell Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan bertemu dengan Shell Malaysia untuk membincangkan isu 35 stesen petrol di Sabah dan Labuan yang dijangka akan ditutup pada tahun hadapan.

Katanya, beliau mengambil maklum isu berkenaan dan akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai situasi berkenaan serta kesan tindakan itu terhadap para pengusaha stesen Shell di Sabah dan Labuan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shell Timur Sdn Bhd yang bertanggungjawab terhadap operasi kiosk Shell di Sabah dan Labuan mengesahkan syarikat berkenaan akan menutup beberapa stesen kurang produktif di Malaysia Timur bagi mengekalkan prestasi syarikat.

Difahamkan tindakan berkenaan akan memberi kesan terhadap 10 stesen di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan dan masing-masing satu di Likas, Telipok dan Kuala Penyu.

— TAMAT

Exit mobile version