Site icon Sabah Baru News

Pua tak patut serang BN,Umno, kata Loke

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Tony Pua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menyerang rakan gabungan kerajaan, Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilabelnya sebagai “pakatan korup”.

Merujuk kepada ucapan Pua dalam satu majlis malam tadi, Loke berkata bekas Ahli Parlimen Damansara itu bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, Pua berkata Pakatan Harapan (PH) mesti membuktikan kepada pihak-pihak yang meragui gabungan itu bahawa “parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti BN, serta Umno dan Bersatu”.

Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, mesti melengkapkan penggalnya “sebagai perdana menteri yang popular”, dan membuktikan bahawa pengkritik PH salah, semasa beliau masih berkuasa.

Menurutnya, ia akan meningkatkan sokongan kepada PH yang membolehkannya membentuk kerajaan selepas PRU akan datang.

— FMT

Exit mobile version