Site icon Sabah Baru News

Rumah agam Neymar langgar peraturan alam sekitar

Rumah mewah Neymar di bandar peranginan Mangaratiba membabitkan pembinaan tasik dan pantai buatan. – Foto Astro ARENA

NEYMAR berdepan denda oleh pihak berkuasa alam sekitar Brazil buat sekian kalinya selepas tidak mengendahkan arahan supaya menghentikan projek pembinaan tanpa lesen di rumah agamnya di luar Rio de Janeiro.

Neymar juga berdepan denda $1 juta (RM4.68j) kerana didapati melanggar peraturan alam sekitar ketika membina rumah mewahnya di bandar peranginan Mangaratiba itu yang membabitkan pembinaan tasik dan pantai buatan.

Pemeriksa mendapati projek itu mengalihkan laluan air, mengeluarkan air dari sungai, menjalankan penggalian dan mengubah suai landskap selain menggunakan pasir pantai tanpa permit.

Kini, bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu perlu membayar denda tambahan untuk jumlah yang akan ditentukan selepas siasatan menyeluruh.

AWANI

Exit mobile version