Site icon Sabah Baru News

Saya Maafkan Shafie Apdal, Tetapi Berpolitiklah Dengan Matang- AliAkbar Gulasan

Saya mendengar ucapan Datuk Seri Shafie Apdal, Presiden parti Warisan di aplikasi TikTok yang menyebut antara lainnya menempelak pelantikan ADUN dari PAS dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Adakah Shafie Apdal baru terjaga dari tidur? Selama puluhan tahun dalam Umno (parti Semenanjung) sebagai pemimpin, apa yang beliau lakukan untuk negeri dan rakyat Sabah? Hakikatnya, Sabah masih lagi ketinggalan dari segenap sudut.

PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa mesej damai sentiasa konsisten dengan penyatuan dan kesatuan.

Saya adalah anak jati Sabah dan ‘tembuni’ saya ditanam di bumi Sabah. Saya seperti juga anak Sabah yang lain bertekad dan komited memperjuangkan kebajikan rakyat dan membangunkan negeri.

Ucapan Shafie Apdal tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang pemimpin yang dihormati. Berpolitiklah dengan matang dan jauhkan daripada politik fitnah dan perkauman.

Tak kenal maka tak cinta. Saya yakin Shafie Apdal tidak memperoleh maklumat sebenar mengenai PAS khususnya di Sabah. Kenali PAS, kenali pemimpin PAS dengan lebih dekat, pasti hati tertawan.

Sekali lagi saya menyeru kepada semua pemimpin parti politik supaya sentiasa berpolitik dengan matang dan berhemah. Hindarkan politik adu domba, menggores perasaan dan sangka buruk terhadap mana-mana pihak.

Kalau mau ‘kupi-kupi’ pun saya ok saja.

*AliAkbar Gulasan ialah ADUN Lantikan dan Setiausaha PAS Sabah. Penulisan ini adalah berdasarkan kenyataan media beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version