PERSPEKTIF rakyat Sabah secara umum, sempena PRU parlimen Sabah, pengelibatan mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman sangat diperlukan terutama berkaitan kerjasama antara GRS-BN Sabah, untuk menepis dakwaan pemimpin Warisan bahawa kerjasama itu bukan untuk kepentingan rakyat, akan tetapi hanya untuk menyelamatkan kedudukan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri 1 (Datuk Seri Bung Moktar Radin).
Meleraikan propaganda pemimpin Warisan terutama Presiden parti itu Datuk Seri Shafie Apdal, bahawa kerjasama antara dua blok parti itu, bukan lah untuk kepentingan rakyat hanya dapat disangkal jika Musa terlibat secara langsung dalam pilihan raya, kerana penulis melihat pada keadaan yang genting ini, hanya mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut dapat meyakinkan rakyat negeri ini.
Memang betul, kerajaan negeri sedang diterajui GRS-BN, mengambil alih daripada Warisan pada PRN-16 negeri, akan tetapi asas pada kerajaan tersebut dimulai Musa pada Julai 2020, apabila mantan ADUN Libaran itu mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah, dan menyebabkan kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie kehilangan sokongan.
Memang betul selepas sahaja PRN-16 negeri, Musa macam ‘berehat” daripada dunia politik, tetapi hakikatnya, kesibukan mantan Ketua Menteri tersebut melayan, menyantuni orang-orang politik lebih padat berbanding semasa masih Ketua Menteri.
Penulis melihat, kebangkitan parti Warisan khususnya Presiden parti itu, hanya dapat disekat menerusi pengelibatan Musa, kerana dirasakan, para pemimpin samada daripada GRS mahupun BN, dilihat macam bukan saingan pada Shafie, walaupun para pemimpin dua blok parti itu merasa mereka berkemampuan, sedangkan persepsi di lapangan atau akar umbi, masih memandang tinggi pada ADUN Senallang tersebut.
Dunia politik, masa pilihan raya, tidak boleh melepaskan diri daripada persepsi, tidak boleh melepaskan diri daripada perbualan mulut ke mulut, kedai-kedai kopi, atau tempat beribadat atau keramaian seperti majlis-majlis khawin. Rata-rata persepsi atau anggapan rakyat, bahawa kerjasama antara GRS-BN semasa pilihan raya ini, hanya kerjasama menyelamatkan pemimpin-pemimpin tertentu, bukannya mahu mengwujudkan blok politik yang kuat untuk Sabah, kerana terbukti, berpecah jika dikaitkan di peringkat nasional. Persepsi ini lah yang dipergunakan Parti Warisan untuk mempengaruhi rakyat negeri ini menyokong parti itu pada PRU kali ini.
Pandangan penulis, hanya menerusi pengelibatan Musa secara aktif dan langsung sahaja, boleh meyakinkan rakyat negeri ini, bahawa kerjasama GRS-BN adalah untuk mengwujudkan blok yang kuat sebagai satu unit di peringkat Persekutuan, bukannya berasingan.
Para pemimpin GRS-BN Sabah kena bergerak cepat untuk mempengarui Musa untuk melibatkan diri secara langsung, untuk menyekat terobosan Parti Warisan bersama pemimpinnya Shafie Apdal.
Ramai yang berpendapat/berpandangan, pengelibatan Musa bukan sahaja boleh menyekat terobosan Shafie, akan tetapi boleh menyebabkan serangan-serangan dan propaganda yang ditaburkan menjadi tumpul.
Pengalaman, pengetahuan Musa berkaitan politik negeri, sebagai Ketua Menteri terlama Sabah, tidak boleh disia-siakan, dan diperlukan dalam keadaan yang mencabar ini. Fikir-Fikirkan.