Site icon Sabah Baru News

Keluarga tinggal bawah kolong dapat perhatian UPPM Karamunting

SANDAKAN: Sebuah keluarga yang tinggal di bawah kolong di bukit Kampung Lupak Meluas Darat mendapat perhatian daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting.

PPM Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan selepas mendapat makluman mengenai keadaan kehidupan mereka.

“Suami isteri berkenaan mempunyai enam orang anak berumur dari empat bulan sehingga 10 tahun. Mereka tinggal di bawah kolong rumah mentua.

“Ketua isi keluarga ini tidak lagi mampu bekerja sejak pandemik COVID-19 dan disyaki menghidap penyakit Tibi menyebabkan beliau mengalami kesukaran bernafas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chew baru-baru ini melawat keluarga terbabit dengan memberikan sumbangan peribadi. 

Beliau berharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga terbabit.

“Kini isterinya bekerja sambilan sebagai pencuci pakaian, pinggan ketika majlis kenduri dan perkahwinan serta sebagainya,” katanya.

Menurutnya, untuk sampai ke lokasi kediaman terbabit, perjalanan mendaki bukit selama 35 minit diperlukan.

— Yap Siong Han

Exit mobile version