Site icon Sabah Baru News

Hanya Kerajaan GRS boleh bantu rakyat – Maijol

BANDAU – Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kobidahan pada jumaat kelmarin.

Dalam ucapan Maijol, beliau menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Bahagian dengan turun padang di setiap kampung untuk melihat dan mendengar permasalahan rakyat.

“Saya masuk politik dengan niat untuk membantu rakyat, kerana rakyat sentiasa dekat di hati saya”, ujarnya.

Maijol juga berkata bahawa hanya Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) sahaja yang boleh membantu rakyat, pembangkang hanya tahu bercakap kosong.

Ketika berucap di majlis, beliau mengimbas kembali satu kes di Tawau yang pernah dibela oleh beliau. Kes tersebut berpihak kepada penduduk kerana pihak Jabatan Hutan tidak dapat menjawab setiap persoalan seperti persempadanan dan sebagainya.

“Untuk makluman semua, saya sudah menulis surat balasan kepada Jabatan Perhutanan baru-baru ini”, tambah Maijol.

“Saya menyokong penuh pengujudan Kampung Kobidahan”, tegas Maijol lagi.

Beliau juga menyeru agar penduduk kampung meneruskan usaha pertanian mereka sebagai sumber ekonomi. Mengenai keperluan infrastruktur kampung, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk membantu demi kesejahteraan penduduk.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Tuan Wilson Lampaki yang juga merupakan Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kobidahan dalam ucapannya menyentuh sejarah awal Kampung Kobidahan.

Menurut beliau, Kampung Kobidahan pertama kali dibuka pada tahun 1930an. Namun begitu sehingga kini tanah kampung bagi Kampung Kobidahan belum digazetkan oleh kerajaan. Justeru itu, bagi pihak penduduk kampung Wilson merayu kepada Kerajaan GRS untuk mengazetkan tanah kampung dengan mengeluarkan tanah kampung dari kawasan Hutan Simpan.

Selain daripada itu, beliau juga mencadangkan agar diwujudkan kepimpinan kampung seperti JPKK dan Ketua Kampung.

“Hanya melalui Kerajaan GRS permasalahan rakyat boleh ditangani “

“Justeru Maijol adalah satu-satunya harapan kita yang akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita yang tinggal di Kampung Kobidahan'” tegas WIlson.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan terima kasih kepada kerajaan GRS atas bantuan yang disalurkan kepada rakyateperti peruntukan bekalan paip graviti, pembaikan jalan dan pemagaran kuburan.

Pesta Kaamatan di Kampung Kobidahan merupakan Pesta Kaamatan terakhir dalam siri jadual padat Datuk Maijol dari bulan Mei sehingga bulan Julai.

-TAMAT-

Exit mobile version