Site icon Sabah Baru News

Pusat Peladang Outlet bakal diwujudkan-Dr Arsit

PUTATAN: Satu Pusat Peladang Outlet bakal dibina di Kampung Meruntum Putatan bagi memudahkan para ahli Pertubuhan Peladang Negeri Sabah bagi memasarkan hasil masing-masing.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan, Datuk Seri Dr Arsit Sedi berkata, sebidang tanah seluas satu ekar telah diluluskan kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur kepada pertubuhan ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli persatuan untuk mengambil peluang ini untuk memohon dan berniaga di kawasan ini pada masa depan.

“Selain itu, kita juga mencadangkan untuk membangunkan kawasan ‘uptown/downtown’ di daerah ini untuk memudahkan para ahli kita berniaga,” katanya ketika di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-8 PPK Putatan 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha juga sedang dilakukan untuk membawa syarikat-syarikat besar dari Xiamen dan Dalian, China untuk membawa produk ke sini dipasarkan.

Katanya, sebanyak hampir seribu produk bakal dibawa dari negara berkenaan ke sini untuk di pasarkan.

“Kita juga akan membuat pembungkusan barangan kita di Kimanis, oleh itu kita tiada masalah dari segi proses pembungkusan produk.

“Selain itu, kita juga sudah memohon peruntukan untuk menaik taraf Pusat Dagangan Putatan (uptown/downtown) agar para peniaga di sini mempunyai kemudahan atap atau berbumbung,” katanya.

Selain itu katanya, Pusat Perniagaan yang bakal diwujudkan di sini juga akan dinaik taraf kepada standard kelas dunia seperti yang ada di negara jiran Bangkok, Phuket Thailand dan lain-lain.

“Pada masa depan, kita juga akan membangunkan produk pelancongan di sekitar lautan di sini untuk menarik lebih ramai pelancong, sekali gus akan memberikan manfaat kepada ahli kita,” katanya.

Hadir sama merasmikan majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya.

— Yap Siong Han

Exit mobile version