Site icon Sabah Baru News

Perbadanan Labuan luluskan pemberian diskaun 50 peratus kadar sewa premis niaga

LABUAN: Perbadanan Labuan hari ini meluluskan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus kadar sewa premis niaga milik perbadanan itu yang terletak di Aras 1 dan 2, Pasar Sentral Labuan dan kawasan sekitarnya melibatkan Pasar Khinzir, Stesen Bas dan Stesen Teksi.

Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat Perbadanan Labuan yang dipengerusikan Tan Sri Anifah Aman.


“Ini merupakan inisiatif awal yang diberi perhatian oleh Pengerusi dan Anggota Perbadanan Labuan yang baharu dilantik pada 19 Jun 2023.


“Perbadanan Labuan telah memperuntukkan sebanyak RM364,560 bagi menampung pemberian diskaun ini berkuat kuasa selama satu tahun bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.


“Ini memberikan manfaat kepada 178 lot premis niaga milik PL melibatkan 151 lot gerai di Aras 1, 13 lot gerai di Aras 2; 10 unit kiosk (berdekatan meja jualan produk makanan kering); tiga lot gerai di stesen bas dan teksi serta sebuah pasar khinzir, ” kata kenyataan itu sambil menambah Perbadanan Labuan sentiasa prihatin dan peka terhadap keluhan para peniaga.

Justeru, pemberian diskaun berkenaan diharap dapat memberikan kelegaan kepada para peniaga terlibat dalam usaha memulihkan sumber pendapatan mereka.

— TAMAT

Exit mobile version