Site icon Sabah Baru News

Mayat wanita ditemukan dalam kereta di KK

Mohd. Zaidi Abdullah

KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kereta berhampiran Dewan Hakka di Jalan Signal Hill di sini semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana wanita itu dipercayai mati atas sebab semulajadi.

Menurut The Star, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, beberapa orang yang berjoging telah terserempak sebuah kereta Proton Saga di tepi jalan tetapi enjinnya masih hidup dan lampu menyala.

“Mereka mengintai ke dalam kereta dan terkejut apabila mendapati seorang wanita tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis kemudiannya dimaklumkan mengenai perkara itu pada 8.25 malam tadi, katanya sambil menambah pasukan peronda kemudiannya dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) sudah berada di tempat kejadian apabila polis tiba kira-kira enam minit kemudian.

“Seorang doktor mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan kami, tiada tanda-tanda perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” kata Mohd. Zaidi.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik QEH untuk bedah siasat, tambahnya.

wartaoriental

Exit mobile version