Site icon Sabah Baru News

Laksanakan tugas dengan amanah dan dedikasi : Gagasan Rakyat Tambunan

BERJUANG: Victor (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan kepimpinan Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan.

KOTA KINABALU: Kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan perlu menjalankan tugas secara amanah dan penuh dedikasi.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan Dato Victor P. Paut berkata, selaku pemimpin diperingkat bahagian, kesemua pemimpin itu mempunyai peranan besar untuk terus menyumbang kepada parti.

“Tugas kita adalah untuk membantu memantapkan perjuangan parti dalam memastikan Gagasan Rakyat terus kekal menerajui kerajaan negeri bersama-sama dengan rakan Komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat pertama Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) yang membarisi kepimpinan bahagian telah diamanahkan dengan tugas masing-masing melalui perlantikan biro.

“Maka, laksanakanlah tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin, usaha memantapkan parti bermula dari peringkat akar umbi yang melibatkan bahagian dan cawangan.

“Oleh itu, pemimpin bahagian perlu sentiasa turun padang bagi mendekati rakyat, menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan, termasuk perancangan pembangunan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalinkan hubungan baik dengan rakan parti dalam GRS di daerah itu dalam memastikan Tambunan akan turut menerima limpahan pembangunan serta ekonomi yang lebih baik.

Dalam mesyuarat itu, Victor turut menyampaikan watikah perlantikan AJK Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan termasuk jawatan biro masing-masing.

Yap Siong Han

Exit mobile version