PENGUNDI yang menyokong calon-calon Parti Warisan akan mendapati undi mereka hanya sia-sia, jika berpendapat dengan menyokong parti itu maka boleh menubuhkan kerajaan.
Sistem demokrasi berparlimen negara kita masa ini, parti yang boleh menubuhkan adalah parti yang menang kerusi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 yang dipertandingkan.
Sebagai contoh, bukan kah membazir undi menyokong Parti Warisan, dan memastikan calon-calon parti itu menang untuk menubuhkan kerajaan, sedangkan jika menang 26 kerusipun di Sabah dan WP Labuan, dan mungkin 6 di Semenanjung, tidak mendekatipun angka 112 pun, jadi bagai mana boleh jadi kerajaan? Sedangkan parti itu, tidak berkolaborasi dengan mana-mana blok parti.
Berbeza dengan GPS-Sarawak yang awal-awal membuat kenyataan, akan menyokong samada BN atau PN, yang mana sahaja antara dua blok parti itu yang dijemput menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Pendirian GPS Sarawak itu jelas kepada rakyat/pengundi negeri tersebut, bahawa gabungan itu pasti jadi kerajaan, kerana di Semenanjung, antara dua blok parti itu sahaja berpotensi dijemput membentuk kerajaan.
Saingan Parti Warisan di Sabah selain GRS-BN juga Pakatan Harapan (PH), akan tetapi kedudukannya berbeza, kerana tiga blok parti itu, kemenangan calon masing-masing menyumbang kepada kerusi parti masing-masing, maka memang wajarpun disokong, dan yang menyokong tidak terkategori sebagai sia-sia akan tetapi bijak.
Rakyat Sabah perlu membuka mata dan minda, memberi undi pada calon-calon parti Warisan bukan sahaja sia-sia, akan tetapi yang menyokong termasuk kategori membuta tuli. Elakkan menjadi pengundi sedemikian, jadilah pengundi bijak, dengan memilih samada calon-calon GRS-BN atau kah PH.
Pastikan undi anda tidak sia-sia, kerana hak mengundi hanya sekali setiap 5 tahun.
Walaupun kita semua diberi kebebasan memilih parti, akan tetapi pastikan parti yang dipilih dipimpin oleh mereka yang berintegriti, bertanggungjawab, setia kawan, tidak lupa asal usul atau lupa daratan, bebas isu-isu moral dan salahgunakuasa.
Penulis yakin, sebelum kita semua ke pusat-pusat mengundi, telahpun pasti, parti mana perlu diberi mandat memerintah negara, tetapi yang penting jangan sesekali membazirkan undi, dengan mengundi parti yang tiada masa depan, seperti Parti Warisan.