Site icon Sabah Baru News

SFI:Banyak cerita,peristiwa dan fakta perlu kita fahami – Dr Yusof

Saya setuju Sipitang kehilangan Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd  yang sudah tinggal sejarah dan sayapun ikut kecewa. SFI sumber ekonomi kita.

 Tapi banyak cerita,  peristiwa dan fakta  yg perlu kita fahami.

Mohon Datuk Haji Ramlee Dua (DHR2)  bantu terangkan juga cerita sebenar. Kerana  ramai pembaca dan ahli group ini belum lahir atau masih berhingus masa itu. DHR2 adalah District Officer ( DO) , ADUN dan PKR dalam julat tempoh perancangan dan pembinaan SFI.

SFI dirancang pada tahun 1982 dan pembinaanya semasa Kerajaan Berjaya.

Namun Kerajaan Berjaya tewas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985 dan SFI mula beroperasi 1986 dibawah Kerajaan PBS. Pengurusan SFI jadi tempat pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PBS masa itu. Tidak disalahkan kerana penyokong bekerja kuat menumbangkan BERJAYA masa itu.

Pada mulanya operasinya SFI sangat cemerlang dan kertas keluaran SFI menjadi sebutan kerana kualiti tinggi dan popular  di pasaran dalam negara dan eksport. Masa itu SFI milik kerajaan 100%.

Masa berlalu dan SFI dilihat sebagai lombong emas oleh individu tertentu melalui kontrak penanaman dan penebangan serta jualan balak dari virgin jungle. Maka berlakulah kerakusan dan pemantauan pembalakan hutan dan konsesi SFI  semakin lemah.

SFI semakin jadi rebutan  dan semasa PBS, SFI dijual kepada syarikat public listed bursa- Lion Group.

KENAPA DI JUAL?? Kita kurang jelas alasannya.

Bila  SFI dijual maka kepentingan kerajaan dalam SFI  dari milik penuh 100% menjadi 25% . Fokus Lion Group bukan kertas tetapi pembalakan yang rakus dan eskport round log, kayu bergergaji dan plywood. Kertas sudah jadi perkara no 3 atau 4. Bukan fokus.

 Kemudian PBS tumbang pada 1994 , dan bawah BN , SFI distruktur semula beberapa kali menjadikan saham negeri semakin kurang dan menurun ke 12%.

 Semasa BN,  SFI pula di jual kepada syarikat India BILT( Ballapur), dan di struktur semula sehingga kepentingan negeri menjadi kurang dari 2%.

Semasa BILT, maka SFI menjadi huru hara, pengurusan atasan diambil alih oleh staff dari India dan fokus cuma potong balak dan kayu acacia. Duit jualan dihantar ke syarikat Induk India. Kilang kertas tidak dibaiki, sehingga berhenti operasi, subcontract tidak dibayar, kepentingan pekerja tidak dilayan , hutang bank tidak dibayar dan lain2 tidak diambil kisah. Pengambilan oleh BILT seperti “scam terancang”.

Kemudian pada tahun 2017, BILT cabut lari dan tinggalkan SFI dengan berbagai masalah dalam kilang itu sendiri, masalah kebajikan pekerja, masalah bayaran subcontractor dan masalah orang kampung kerana tiada lagi pembaikan jalan dan tiada CSR bila berhenti operasi.

Pihak Bank( 4 bank India) melalui wakil mereka iaitu  Maybank. Melantik syarikat pengurusan aset  dari KL ia itu Grant Thronton ( GT) sebagai wakil memgurus sementara SFI.

GT membuat tender  terbuka dipasaran dunia untuk ambil alih SFI. Pada mulanya  banyak syarikatberminat termasuk syarikat dari China. Tapi akhinya syarikat  Syed Moktar Al Bukhary ( Prestasi Pelangi Sdn Bhd- PPSB) ambil tender  dan deposit 10% – RM120 juta melalui GT untuk ambil alih SFI.

Pada tahun 2018, WARISAN mengambil alih Kerajaan Sabah. DSSA tidak setuju dgn Syed Moktar dan mau jual/ serah pula kepada syarikat China berpusat di Hongkong- Lee & Mann.

Saya tidak dibawa dan tidak terlibat dalam rundingan dengan Lee & Man walau saya Menteri Kabinet dan ADUN Sindumin. DSSA lebih percaya kepada orang lain dan pemimpin2 Warisan lain, tentunya tau kerana mereka yg berunding( termasuk YB Junz Wong)

Semasa Warisan , gaji staff SFI terus dibayar denga duit pinjaman dari Sabah Development Bank. Warisan dilihat jadi hero staff SFI kerana bayar gaji pekerja. Tetapi sebenarnya wang itu wang pinjaman yang perlu dibayar kemudian.

Cadangan DSSA untuk serah SFI kepada Lee & Man tidak lancar kerana beberapa itu legal dan timbul beberapa itu dalaman dan saman.

Bila Warisan kalah Sept 2020. Kes SFI tidak juga selesai dan menjadi sangat kompleks.

SFI pula diputuskan oleh Mahkamah sudah bankrap dan “GULUNG” atau tutup dan tidak wujud lagi.

Untuk harta kerajaan negeri tidak hilang-melalui  sidang DUN kerajaan negeri  ambil alih semua harta dan tanah SFI demi kepentingan awam “ COMPULSORY ACQUISITION ” melalui Seksyen 3, JTU.

Lesen Konsesi membalak SFI 288,000 ha( 750,000 ekar) kawasan Mendolong hingga  Long Pasia) ditarik balik mejadi milik kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah.

Semua aset milik SFI dulu , sudah menjadi milik Yayasan Sabah Group.

 Sebagai ADUN N35 Sindumin… saya faham beberapa isu yang perlu di tangani. Saya telah buat beberapa engagement dan cadangan untuk selesaikan isu SFI ini:

a) Isu pekerja- 1281 staff— status mereka, gaji, pampasan , dll.

b) Isu subcontractor- 26 syarikat , hutang tidak di bayar RM165 juta.

c) Hutang SFI atau kerajaan dgn Sabah Development Bank yg sudah memcecah hampir RM100juta.

d) Apa jadi pada kayu-kayu acacia, eucolyptus dll yg telah di tanam.. bernilai ratusan juta ringgit sekarang semakin tua, dan akan hilang nilai komersial.

e) Cadangan syarikat SAMLING Sarawak untuk pelaburan di Sipitang guna bekas aset SFI buat kilang pellet( DHR2 yang cadang ini- brilliant tapi tidak kesampaian) Tidak mudah, bukan seperti buka gerai goreng pisang.

Tentu perlu tindakan dan penyelesaian bijak. Bukan cuma jadi isu politik ..dari kerajaan PBS, BN , WARISAN semua ada isu , kerajaan GRS adalah penyelesai terakhir. Bagi saya kepentingan negeri dan rakyat diutamakan.

Maaf panjang sikit. Yang rajin baca, bacalah. Isu2 ini sudah puluhan kali viral dan diterangkan diulang ulang.

*Artikel ini berdasarkan perkongsian Datuk Dr Yusof Yacob di salah satu group perbincangan media sosial yang disiarkan pada 6 Ogos 2023. Beliau merupakan ADUN Sindumin dan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

Exit mobile version