Site icon Sabah Baru News

AJK Gagasan Rakyat Paginatan diseru perbanyakkan cawangan

RANAU:Para Ahli jawatankuasa (AJK)penaja bahagian yang dibentuk tidak lama dahulu harus bekerja keras bagi memastikan lebih banyak cawangan dengan ahli yang ramai dapat ditubuhkan, kata Datuk Amisah Yassin, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Paginatan.

“Selain itu, kekuatan parti dengan ahli yang ramai adalah satu penanda aras bahawa parti itu adalah parti yang memenuhi sentimen dan aspirasi rakyat yang kini mahu Negeri ini dipimpin oleh parti tempatan dengan kombinasi pimpinan Negeri yang disenangi ramai.”

Amisah yang juga ADUN dilantik berkata, sesetengah individu melabelkan ahli-ahli daripada parti lain seperti UMNO dan Warisan yang menjadi ahli Gagasan Rakyat sebagai “katak”, menegaskan bahawa adalah satu kesilapan besar untuk menyamakan tindakan mereka dengan haiwan yang tidak mempunyai fikiran.

Ujar beliau lagi, mereka yang menyertai Gagasan Rakyat adalah disebabkan mereka percaya bahawa hijrah yang mereka lakukan itu adalah kerana mahukan sesuatu yang lebih baik.

Ketua Bahagian Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Datuk Amisah Yassin turut menerima penyerahan borang daripada seramai 25 ahli baharu di Majlis Perasmian Mesyuarat Penubuhan Parti Gagasan Rakyat Sabah Cawangan Libang.

“Parti-parti yang kita sertai dahulu adalah baik, dan kita berterima kasih atas kesudian pimpinan terdahulu untuk memberi tempat kita bernaung satu masa dahulu. Namun, peredaran masa dan keperluan di Negeri Sabah kini memerlukan pimpinan daripada parti politik tempatan.”

Kata beliau lagi, politik di Sabah bersifat memerlukan pembangunan dan rakyat sudah bosan dengan corak politik yang ekstrim dengan durasi berpolitik setiap masa. Negeri Sabah memerlukan sistem politik yang stabil demi memastikan agenda yang dirancang oleh Kerajaan dapat dilaksanakan tanpa kerisauan risiko kerajaan yang berubah setiap masa.

Mengakhiri ucapan Amisah berkata, dengan kuatnya Gagasan Rakyat di DUN Paginatan, maka kuatlah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di mana ADUN Paginatan adalah daripada parti STAR iaitu salah satu parti komponen GRS.

“Kita berikrar untuk membantu dan menguatkan rakan-rakan kita dalam parti GRS yang terdiri daripada 7 parti komponen dan mengukuhkan parti Gagasan Rakyat adalah sebagai satu caranya”.

Dalam masa yang sama, Amisah turut menerima penyerahan borang daripada seramai 25 ahli baharu yang diserahkan oleh Encik Jahili Saridi, bertempat di Kampung Libang Ranau.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Penubuhan Parti Gagasan Rakyat Sabah Cawangan Libang turut dihadiri oleh Bendahari Bahagian Encik Mahali Yusin, Ketua Penerangan Bahagian Encik Jamian Manan, Ketua Pemuda Bahagian Encik Al Ayubi Datuk Hj Jirin, Ketua Beliawanis Cik Iszyan Qitrinada Jamian dan juga AJK bahagian Paginatan.

— TAMAT

Exit mobile version