Site icon Sabah Baru News

GRS Backbenchers Club anjur taklimat berkenaan isu Ambalat

KOTA KINABALU:Satu taklimat berkenaan isu Ambalat telah diadakan anjuran GRS Backbenchers Club kelmarin di Marina Sutera Habour.

Taklimat telah disampaikan oleh Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kemeterian Luar Negeri.

Ia bersangkutan ucapan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal P Alian pada sidang dewan pada 10 Ogos lepas seperti berikut:

“Perkara ini baru saja berlaku. Apabila kita membiarkan kerajaan persekutuan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menyerahkan Ambalat kepada Kerajaan Indonesia”.

Menurut Pengerusi GRS Backbenchers Club Datuk Dr Yusof Yacob, “ini tidak betul.

“Ia telah disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Negeri Yang Berbahagia Datin Paduka Nur Ashikin bin Mohd Taha. Isu Ambalat belum dibincang lagi.

“Kenyataan yang dibuat oleh ADUN Tungku tersebut adalah sangat serius.

“Pertama dia telah memesongkan dewan. Kenyataan tersebut adalah palsu dan tidak benar.

“Kedua ia menimbulkan rasa kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri dan menjatuhkan reputasi Ketua Menteri seolah-olah beliau tidak bertanggungjawab.

Sebagai seorang ADUN yang memiliki kelulusan profesional beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sedemikian ujar beliau.

Dr Yusof berkata melalui mesyuarat GRS Backbenchers yang dibuat selepas taklimat tersebut, mereka sebulat suara telah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Speaker DUN Sabah untuk merujuk ADUN Tungku ini kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Speaker DUN Sabah.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Menterri Luar Datuk Mohamad bin Alamin,Menteri Keusahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick , ADUN-ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan para setiausaha politik Ketua Menteri.

— TAMAT

Exit mobile version