Site icon Sabah Baru News

Christina lawat Memorial Sandakan di Sydney

LAWAT: Christina (tiga kanan) bersama rombongan melawat Memorial Sandakan di Sydney.

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Datuk Christina Liew berkesempatan membuat lawatan ke Memorial Sandakan yang terletak di Burwood Park, Sydney, Australia pada Sabtu.

Christina berkata, tujuan lawatan itu adalah bagi memberi penghormatan terhadap tentera yang terkorban dalam perang dunia kedua, di daerah Sandakan.

“Selain menghargai pengorbanan tentera yang terkorban, kita juga mahu mempromosikan negeri Sabah kepada waris pahlawan negara mereka.

“Kita berharap waris tentera berkenaan dapat datang ke Sabah untuk melawat Taman Peringatan Sandakan,” katanya.

Katanya, Memorial Sandakan di Sydney yang didedikasikan pada 1 Ogos 1993 itu dibina bagi mengenang jasa mereka yang maut sebagai tawanan perang.

Turut hadir, Pembantu Menteri KePKAS merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai; Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version