Site icon Sabah Baru News

Annuar adakan dialog bersama penduduk Kg Meninipir

ALBUM: Annuar merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penduduk yang terlibat dalam dialog yang diadakan itu.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Meninipir Lama bagi mendengar dan merungkai pelbagai permasalahan yang berlarutan.

Antara masalah yang masih membelenggu kehidupan penduduk di kawasan itu ialah masalah bekalan air terawat.


Semasa dialog itu, Annuar memberitahu beliau akan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan memanjangkan permasalahan dihadapi penduduk kepada kementerian berkaitan untuk tindakan sewajarnya demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk kampung.


Jelasnya penganjuran dialog seumpama itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim bersama pemimpin dan masyarakat setempat, dan sewajarnya diadakan di kampung-kampung lain.


Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong; Ketua Masyarakat Cina (KMC) Kapitan Anthony Chong Kong Ming; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, Adzra Addy Jasni dan beberapa pemimpin masyarakat setempat.

–Kenneddy Corlleus

Exit mobile version