Site icon Sabah Baru News

STB, Singapore Airlines jalin kerjasama promosi pelancongan Sabah

PROMOSI: Christina (dua kiri) menyampaikan beg promosi ‘Feel Sabah-North Borneo’ kepada Arul.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) diminta supaya bekerjasama dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines bagi membawa masuk pelancong dari Australia ke Sabah.

Katanya, Singapore Airlines dan Scoot membuat penerbangan ke Kota Kinabalu daripada tujuh bandar di Australia iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Perth, Darwin dan Cains.

“Scoot menyambung semula pernerbangan dari Singapura ke Sabah bermula April lalu dan merupakan syarikat penerbangan antarabangsa pertama menyediakan perkhidmatan ini.

“Kita harus konsistensi dan kerap mempromosikan pelancongan Sabah supaya ia terus mendapat perhatian pelancong asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Naib Presiden Singapore Airlines di Australia, Louis Leonard Arul, baru-baru ini.

Menurutnya, Sabah mempunyai tarikan pelancong terkenal termasuklah pulau, pantai, hidupan liar, budaya yang unik dan banyak lagi.

“STB dan Singapore Airlines akan membuat promosi bagi memperkenalkan Sabah kepada warga Australia,” katanya.

–Hamzah Sanudin

Exit mobile version