Site icon Sabah Baru News

Ketua Menteri dan MOSTI bincang pembangunan STEM di Sabah

CENDERAHATI: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Chang selepas kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Kurup dan Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr. Aminuddin Hassim bersama pengarah agensi di bawah kementerian itu. 

Antara isu yang dibincangkan ialah usaha untuk mendorong pembangunan bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) di Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version