Site icon Sabah Baru News

Pejabat PBNS Tawau kini mula beroperasi

Mohd Arifin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; ADUN Sebatik, Hassan A. Ghani Pg. Amir; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Muis (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

TAWAU: Pejabat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) cawangan Tawau yang terletak di tingkat empat bangunan MARA, di sini kini sudah mula beroperasi.

Pejabat kedua PBNS di Sabah ini dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 300,000 umat Islam di sekitar daerah ini dan sekitarnya.

Perkhidmatan yang disediakan PBNS cawangan Tawau termasuklah bayaran fidyah, kaffarah, wang tidak patuh syariah, sedekah, wasiat, hibah dan harta pusaka.  

Selain itu, umat Islam juga boleh mendapatkan penerangan secara terus mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh PBNS.

Majlis perasmian pejabat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif yang juga Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Mohd Arifin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; ADUN Sebatik, Hassan A. Ghani Pg. Amir; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Muis (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

Turut hadir, Pengerusi PBNS, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar dan Timbalannya, Ag. Syairin Ag. Bakar serta Ahli Lembaga Pengarah PBNS, Maarof Abd Wahid dan Suzumaidah Hussain.

Hamzah Sanudin

Exit mobile version