Site icon Sabah Baru News

Yang di-Pertuan Agong Sampaikan Sumbangan Kepada Asnaf & OKU

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan sumbangan kepada 100 asnaf dan orang kelainan upaya (OKU)

SIPITANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) pada Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena Program Kembara Kenali Borneo (Sabah) di perkarangan Masjid Sahabat Sindumin-Merapok pada Khamis.

Turut hadir Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datin Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan pemimpin masyarakat setempat.

Sindumin merupakan lokasi terakhir Program Kembara Kenali Borneo di negeri Sabah. Yang di-Pertuan Agong dan rombongan memulakan pengembaraan di Sarawak bermula petang kelmarin.

Tamat

Exit mobile version