Site icon Sabah Baru News

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya – Isham Jalil

Isham menegaskan, perjuangannya dalam UMNO adalah ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air, bukannya kerana kepentingan peribadi. – Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa terdapat beberapa ahli akan dipecat pada mesyuarat parti itu minggu ini.

Menurutnya, tindakan itu bakal diambil susulan ada ahli dan pemimpin parti didakwa begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, dia turut mendengar bahawa namanya antara yang tersenarai dalam mereka yang bakal dipecat.

“Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi.

Mengulas lanjut, Isham berkata, beliau juga dikaitkan dengan kenyataan kononnya melarang ahli UMNO mengundi PH atau DAP pada pilihan raya.

“Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook.

“Yang tulis headline kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina. Dan itu tidak betul. Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan,” tegasnya.

Tegasnya, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan kenyataan itu telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi semasa isu itu timbul.

AWANI

Exit mobile version