Site icon Sabah Baru News

See you again Sarawak – Tengku Hassanal

Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bondanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Kuala Lumpur awal petang tadi selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sarawak, tengah hari tadi.

KUCHING: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyatakan hasrat untuk kembali ke Sarawak.

“See you again Sarawak,” tulis Tengku Hassanal menerusi hantaran di Instagram peribadinya.

Menerusi hantaran berkenaan, Tengku Hassanal dilihat berada dalam pesawat dengan lokasi dinyatakan ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Tengku Hassanal bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bondanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Kuala Lumpur awal petang tadi selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sarawak, tengah hari tadi.

Sepanjang kembara selama 11 hari bermula 3 September lepas, keluarga diraja itu merentasi perjalanan sejauh 2,154 kilometer (km) dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian Tengku Hassanal mencemar duli ke Sarawak.

Mojoriti menulis mereka berbesar hati untuk menerima kunjungan putera raja itu pada masa akan datang.

Dayu Adruce

Exit mobile version