Site icon Sabah Baru News

Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan segera diisi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa merasmikan Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran dan Majlis Penghantaran 3 Kontena di Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. NSTP/Hazreen Mohamad

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi secepat mungkin.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, jika sesiapa mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya.

“Insya-Allah kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

— Mohd Iskandar Ibrahim 

Exit mobile version