Site icon Sabah Baru News

Penganjuran program mampu menyemarakan semangat patriotik digalakan- Jonathan

Maharin (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan.

RANAU: Rakyat negara ini khususnya di Sabah, amat digalakkan menganjurkan program yang mampu memberi inspirasi dan kesedaran  menyemarakkan semangat  rakyat terhadap usaha mempertahankan kemerdekaan negara.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, usaha dan komitmen rakyat tanpa mengira latarbelakang punya tanggungjawab serta berperanan mempertahankan kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan para pemimpin  terdahulu  daripada kuasa penjajah.

“Syabas dan tahniah kepada kelab  Hidup, Harapan, Hidayah dan Jariah (3HJ)  Sabah kerana prihatin menganjurkan Konvoi Merdeka setiap tahun selain aktif mempelbagaikan program sosialnya (kerja-kerja amal) untuk memberi sumbangan kebajikan kepada golongan yang tidak berkemampuan”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap  menyempurnakan pelepasan  peserta Konvoi Merdeka, anjuran Kelab 3HJ Sabah di perkarangan Ranau Golf Country Club (RGCC) by pada  Sabtu.

Menurut Datuk Jonathan, rakyat harus  mengenang jasa-bakti dan pengorbanan para pemimpin terdahulu yang telah berusaha memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada dikuasai orang lain.

Turut berucap ialah, Presiden 3HJ Sabah, Maharin Bin Mahali dan dihadiri lebih 30 ahli kelab yang menyertai konvoi itu ke daerah Keningau dengan pelbagai aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan.

Maharin dalam ucapan aluannya mewakili Kelab 3HJ berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana bukan sahaja menyumbang kewangan kos aktiviti kelab 3HJ malah sudi hadir bagi menyempurnakan pelepasan Konvoi.

“Kelab 3HJ sentiasa mendoakan agar Datuk sentiasa diberikan kesihatan dan rezeki serta terus memimpin dan menyumbang bakti kepada  rakyat P.179 Ranau.

“Pihak kelab 3HJ, sentiasa berdiri teguh dibelakang kepimpinan Datuk”, tambah Maharin.

Hadir sama pada majlis itu ialah,  para staf pejabat Khidmat Rakyat Parlimem Ranau.

JAINUDDIN NASIR

Exit mobile version