Site icon Sabah Baru News

Beri kuasa Sabah, Sarawak tadbir kesihatan, pendidikan negeri, kata Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar says Sabah and Sarawak were not vocal about their rights in the past as people were afraid of detention under the now-repealed ISA.

PETALING JAYA: Sabah dan Sarawak perlu diberi kebebasan dan autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Speaker Dewan Negara itu berkata menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri bagi dua sektor itu antara perkara yang mudah untuk dilaksanakan terlebih dahulu oleh kerajaan, berbanding kandungan lain dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kerajaan melihat apa yang boleh diberi, beri dulu. Saya yakin pendirian Sabah dan Sarawak sama. Apa boleh beri, beri dulu. Kebebasan pendidikan dan kesihatan. Ini diserahkan kuasa sahaja.

“Britain dan Scotland dah buat, kenapa kita perlahan sangat? Benda ini sekadar bersurat sahaja. Tujuan mudah. Jangan risau akan kebertanggungjawaban duit diluluskan Parlimen.

Podcast Keluar Sekejap episod 50
edisi khas sempena Hari Malaysia bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kita boleh buat supaya peruntukan pembangunan untuk pendidikan, kesihatan Sabah dan Sarawak diagih banyak ini dan diserah kepada Sabah dan Sarawak untuk mentadbir,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan semalam.

Wan Junaidi berkata terdapat dasar berkaitan dua sektor itu yang digubal di Putrajaya tidak sesuai dilaksanakan di pedalaman Sabah dan Sarawak, seperti pengenalan Klinik 1Malaysia.

“Sebabnya apabila persekutuan buat atau menggubal dasar, kadang-kadang dasar tak sesuai untuk Sabah, Sarawak, khususnya untuk pendidikan. Klinik 1Malaysia bagus di bandar tapi tidak di luar bandar.

“Akhirnya lambakan kemudahan di bandar, orang luar bandar tak dapat manfaat. Kita nak dasar buat sendiri berdasarkan kesesuaian kita. Kadang-kadang pengkaji dasar tidak pergi ke luar bandar, sedangkan 40% hingga 45% populasi duduk di luar bandar,” katanya.

Antara yang dibangkitkan Wan Junaidi adalah penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Sarawak berbanding bahasa kebangsaan.

“Kami masih percaya penggunaan bahasa Inggeris penting. Mahkamah masih guna bahasa Inggeris… ilmu yang banyak di luar negara ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Kalau pelajaran, ilmu tak dapat dipercepatkan, pendidikan kena dibuat kelainan sikit di Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi lagi.

Perkara berkaitan MA63 katanya hanya hangat diperkatakan baru-baru ini disebabkan pimpinan dari negeri tersebut khuatir dengan kewujudan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Buka mulut sikit akhir di Kamunting (pusat tahanan). Akhirnya di bawah ISA. Bukan takut masuk Kamunting. Secara logik apa hasilnya? Tak guna masuk Kamunting tetapi hasil tak dapat,” katanya lagi.

Mohd Farhan Darwis

Exit mobile version