Site icon Sabah Baru News

Juhar, Hajiji tetamu kehormat resepsi ulang tahun kemerdekaan Indonesia

Sekitar Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini pada malam Rabu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag antara tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini pada malam Rabu.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya.

Hajiji (kiri) bersama Juhar (tiga kiri), Norlidah (tiga kanan) dan Rafail (dua kiri) merakamkan gambar bersama sempena Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78 Kemerdekaan Republik Indonesia.

Selain upacara ‘toast’ oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan Tumpeng dan persembahan seni.

— TAMAT

Exit mobile version