Site icon Sabah Baru News

Pembinaan jalan pintas titian pejalan kaki Kg Senagang beri manfaat kepada masyarakat

Annuar bersama rombongan meninjau kerja-kerja pembinaan jalan pintas titian pejalan kaki bagi memudakan penduduk dan pelajar di kampung sekitar.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub  Aman turun padang meninjau pelaksanaan projek jalan pintas bina baru titian pejalan kaki di Kampung Senagang, dekat sini baru-baru ini.


Titian pejalan kaki baharu itu kata Annuar, adalah bagi memudahkan penduduk terutama pelajar sekolah di Kg Senagang dalam urusan seharian, yang kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.


Annuar memberitahu, sebelum ini penduduk kampung terpaksa menyeberang sungai menggunakan laluan jambatan kenderaan yang lebih jauh dan tidak sesuai untuk pelajar kerana memakan masa perjalanan.


Beliau berharap dengan siapnya jalan pintas titian pejalan kaki baharu itu nanti masyarakat setempat khususnya pelajar dapat menikmati kemudahan itu yang dilihat lebih dekat dan selamat.


Projek itu merupakan adalah satu usahanya dalam memberikan kemudahan serta keselesaan kepada masyarakat terutama para pelajar daripada kampung berdekatan untuk kegiatan harian mereka.

Turut sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Adzra Addy Jasni dan pemimpin masyarakat setempat.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version