Site icon Sabah Baru News

SLS adakan pertemuan dengan Hajiji

SLS President Roger Chin presenting a memento to Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor after the courtesy call

KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi memaklumkan perkembangan terkini aktiviti SLS.

Presiden SLS Roger Chin berkata, kunjungan hormat diadakan juga bagi mencadangkan usahasama dengan kerajaan negeri bagi pembaharuan undang-undang dalam negeri ini.

Selain itu katanya, SLS juga melaksanakan pelbagai program seperti perkhidmatan bantuan guaman SLS yang mana ahlinya akan memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada komuniti di Sabah.

Beliau juga menyokong penuh kewujudan Pusat Timbang Tara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (BICAM) di sini dan merancang untuk mengadakan Persidangan Undang-undang Komanwel.

Roger juga menjelaskan SLS sentiasa membantu pasukan perundangan negara dalam usaha membatalkan anugerah timbang tara yang diberikan kepada waris Kesultanan Sulu. 

Katanya, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara bagi menawarkan perkhidmatan guaman, pada masa sama menyokong kerajaan negeri menarik pelaburan asing ke Sabah.

TAMAT

Exit mobile version