Site icon Sabah Baru News

Seramai 500 Pengundi Apas terima tajaan I -Saraan

SUMBANGAN: Nizam ketika menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Mauming.

TAWAU : Seramai 500 individu terdiri daripada pengundi DUN Apas mendapat tajaan untuk mencarum di dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dibawah program I-Saraan.

Kesemua individu berkenaan adalah mereka yang layak iaitu mempunyai akaun caruman KWSP yang tidak aktif dan tidak memiliki pekerjaan tetap.

Tajaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan kepada Ketua Cawangan KWSP Tawau Mauming Singkung semasa Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Apas baru-baru ini.

Menurut Nizam, sumbangan itu sebagai menghargai para pengundi di kawasan Apas seterusnya menggalakkan mereka membuat tabungan utnuk masa hadapan.

“Ini juga sebagai satu usaha untuk menyahut saranan kerajaan dibawah pemerintahan Perdana Menteri untuk memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan khususnya dibawah KWSP”, katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berharap kemudahan itu akan dapat dimanfaatkan para penerima demi masa depan mereka yang lebih cerah.

I-Saraan merupakan program yang diperkenalkan KWSP kepada individu yang berumur 60 tahun ke bawah yang bekerja sendiri , tiada pendapatan tetap, suri rumah dan kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen.

Melalui program itu, para penerima akan mendapat manfaat bantuan kerajaan seperti Pelepasan Cukai, dividen tahunan sebanyak 15 peratus dari simpanan dan bantuan kematian.

— TAMAT

Exit mobile version