Site icon Sabah Baru News

Tindakan akan diambil terhadap Wetrom: Hajiji

KOTA KINABALU – Tindakan akan diambil terhadap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda berikutan tindakan beliau yang didakwa keluar daripada parti dalam kerajaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagaimanapun berkata, tindakan yang bagaimana belum ditetapkan setakat ini terhadap beliau.

“Kita dengar atau pun nampak dari surat khabar dan media sosial saja. Dalam politik ini kita boleh sudah mengandaikan bahawa satu pendirian beliau telah pun beliau tetapkan.

“Jadi terpulang kepada kerajaan kerana beliau seorang Pembantu Menteri, jadi kita akan mengambil sesuatu pendekatan ataupun tindakan sewajarnya.

“Nanti kalau sudah saya buat ketetapan, itulah contohnya (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Baru-baru ini tular di media sosial gambar Wetrom dikatakan menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan bergambar bersama Datuk Peter Anthony, namun kesahihan mengenai perkara itu belum disahkan setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan status Wetrom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau yang didakwa keluar daripada Bersatu dan berhasrat menyertai parti lain.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Hajiji belum menerima surat peletakan jawatan Wetrom bagaimanapun, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Shafie Apdal mengesahkan bahawa Wetrom berhasrat menyertai partinya.

Baru-baru ini tular di media sosial gambar Wetrom dikatakan menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan bergambar bersama Datuk Peter Anthony, namun kesahihan mengenai perkara itu belum disahkan setakat ini.

ASYIKIN ASMIN

Exit mobile version