Site icon Sabah Baru News

SMJSB menerbitkan RM900 juta Sukuk Wakalah

Hajiji (berdiri tengah) ketika menyaksikan perjanjian berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara Syarikat Minyak dan Gas Negeri Sabah, SMJ Sdn Bhd (SMJSB) dan AmInvestment Bank Berhad (AIBB) untuk menandakan penerbitan suluk wakalah bernilai RM900 juta yang pertama kali dibawah program RM10 bilion Nota Jangka Sederhana Islam Bertaraf AAA.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Dionysia Kibat mewakili SMJSB menandatangani perjanjian itu, sementara Head of Debts Market Yeoh Teik Leng mewakili AIBB dalam satu majlis di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi SMJSB, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Penasihat Teknikal kerajaan Sabah merangkap Penasihat Khas SMJSB Datuk Seri Panglima Lim Haw Kuang, Ketua Pegawai Eksekutif AIBB Tracy Chen dan Pengarah Urusan Ambank Business Christopher Yap.

— TAMAT

Exit mobile version