Site icon Sabah Baru News

LPP diharap salur banyak peruntukan bantu PPN Sabah

KUNJUNGAN: Mohd Nazri (kiri) semasa menerima kunjungan hormat daripada Mahfuz.

KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diharap dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah pada tahun ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, peruntukan itu supaya lebih banyak aktiviti ekonomi dapat di laksanakan di negeri ini.

“Kita mahu LPP peka dengan keperluan PPN Sabah supaya lebih banyak lagi faedah-faedah yang dapat dinikmati oleh semua ahli di sini,” katanya.

Mohd Nazri berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Terdahulu, Mahfuz merupakan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena dilantik sebagai Pengerusi LPP berkuat kuasa 15 Mei 2023.

LPP pula adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version