Site icon Sabah Baru News

Pandangan dari sudut belia: Belanjawan 2024

Pengerusi Tetap MBS Mazlan @ Joehari Manan juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lumadan.

Secara umumnya banyak insentif belia dapat daripada belanjawan ini, tetapi saya amat berharap agar semua insentif-insentif atau program-program ini diberikan pemasaran yang lebih kepada belia-belia luar bandar terutamanya daripada Sabah dan Sarawak.

Kerana bukan apa, banyak kawasan di luar bandar kita masih dengan masalah liputan internet dan infrakstuktur yang menuntut semua agensi daripada Persekutuan atau negeri turun bantu dari segi peyebaran maklunat dan proses pemohonan.

Antaranya Kerajaan yang saya ingin sentuh ialah, ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda dalam memperbanyak pengisian program-program belia.

Hal ini akan mengalakkan belia untuk terlibat dengan aktiviti berpersatuan.

Skim TEKUN Belia Mobilepreneur turut diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Harap bahawa insentif akan diberikan kuota khas untuk belia-belia daripada Sabah dan Sarawak.

RM50 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif. Saya berharap daripada bajet ini diberikan keutamaan kepada kemudahan-kemudahan sukan daerah-daerah di Sabah yang sangat daif.

Di Sabah banyak belia sukar mendapatkan lessen kerana kos yang mahal. Tindakan sangat tepat Kerajaan menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2,e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman. Ikhtiar ini sangat tepat untuk membantu pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak daripada keluarga kurang mampu.

Secara keseluruhannya, belanjawan 2024 ini adalah belanjawan yang merakyatkan tetapi pelaksanaan belanjawan ini perlulah secara holistik tanpa meninggalkan belia di Sabah dan Sarawak.

Belanjawan 2024 telah membawa harapan kepada penduduk Sabah dengan pelbagai peningkatan peruntukan pembangunan yang signifikan. Tindakan ini membuktikan kesungguhan Kerajaan persekutuan dalam memastikan Sabah terus berkembang dalam semua bidang, terutamanya penyelesaian terhadap isu kemudahan asas penduduk.

Peningkatan Peruntukan Pembangunan: Peruntukan pembangunan untuk Sabah telah meningkat kepada RM6.6 bilion, berbanding dengan jumlah sebelumnya, iaitu RM6.5 bilion.

Tetapi mohon untuk Kerajaan Persekutuan untuk menyokong penubuhan tabung amanah negeri Sabah supaya lebihan peruntukkan boleh diurus oleh negeri Sabah dan tidak perlu Sabah mengembalikan lebih 1 bilion kepada Persekutuan setiap tahun.

Mazlan @ Joehari Manan
Pengerusi Tetap
Majlis Belia Sabah (MBS)

*Pengerusi Tetap MBS Mazlan @ Joehari Manan juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lumadan

Exit mobile version