Site icon Sabah Baru News

Organisasi media berperanan pastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal

ALBUM: Hajiji (tengah) bersama Fahmi, tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang pada KPA 2023

KOTA KINABALU: Organisasi media memainkan peranan penting dalam memastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal utuh dengan penglibatan generasi muda sebagai pelapis dalam bidang berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ini berikutan tidak ramai anak muda ingin menjadikan bidang kewartawanan sebagai pilihan kerjaya kerana antaranya tawaran gaji yang diberikan kurang menarik.

“Saya difahamkan tidak ramai anak muda memllih atau mahu menceburi bidang kewartawanan sebagai kerjaya mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk organisasi edia menawarkan gaji dan insentif-insentif yang bersesuaian.

“Ini bagi memastikan lebih ramai generasi muda menyertai bidang kewartawanan ini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Kinabalu Press Awards 2023 di sini pada Sabtu.

Mengenai majlis itu, beliau percaya penganjuran Kinabalu Press Awards (KPA) setiap tahun akan menyuntik semangat kepada semua wartawan untuk terus menghasilkan bahan berita berimpak tinggi dan memberi kesan positif kepada pembaca.

“Majlis ini adalah untuk mengiktiraf pengamal media yang telah menghasilkan karyakarya kewartawanan yang cemerlang. Saya melihat penganjuran KPA ini terus relevan dalam memberikan penganugerahan kepada pengamal media di negeri ini. Semoga
pengiktirafan malam ini dapat meningkatkan lagi kualiti kewartawanan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh baharu tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan negeri berupaya membawa masuk lebih daripada RM33 bilion nilai pelaburan ke Sabah dan berjaya merekodkan kutipan hasil yang tertinggi iaitu mencecah sehingga RM7 bilion.

“Dengan prestasi ekonomi yang baik, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif. Kejayaan turut dicapai dalam pelbagai sektor yang diberi keutamaan menerusi SMJ seperti perindustrian, pertanian dan pelancongan termasuk pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam urusan pendidikan mereka seterusnya peluang pekerjaan.

“Walaupun begitu, banyak lagi yang perlu kita lakukan. Kerajaan negeri terus bertekad untuk memperhebatkan lagi pembangunan dan kemajuan di samping menambah baik kualiti hidup rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang meliputi pelbagai sektor pembangunan,” katanya.
 
Melihat kepada kejayaan dan usaha kerajaan negeri, beliau mahu pengamal media terus membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat mengenai kejayaan-kejayaan yang telah dicapai hingga ke peringkat akar umbi agar dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Ini seiring dengan acara malam ini yang bertemakan ‘Progress Through Smart Partnership’, sebagai simbolik kepada kerjasama pintar antara pengamal media dan krajaan ngeri, khususnya dalam melaporkan berkaitan dasar dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

“Kerjasama pintar antara pengamal media dan krajaan ngeri amat penting dan perlu terus diperkukuhkan untuk memastikan kejayaan yang dicapai menerusi Hala Tuju SMJ dapat disampaikan secara terus kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap Pejabat baharu SJA akan memudahkan persatuan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bersama ahli-ahlinya.

“Kerajaan ngeri sedia mempertimbangkan usaha bagi membantu persatuan ini untuk membina bangunan SJA pada masa akan datang,” katanya.

Trut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pemegang Amanah SJA dan Mantan President SJA, Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden Sabah Journalists Association (SJA), Datuk Muguntan Vanar.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz; Pengerusi dan Naib Presiden Kanan Perniagaan Huluan, Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman; Pengarah Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Johnson Tee dan Pengarah Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Lucy Irene Yong serta editor dan pengamal media di Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version