Site icon Sabah Baru News

Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober

Sekumpulan wartawan dan jurukamera mencari tempat berlindung sebaik mendengar bunyi amaran serangan udara oleh tentera Israel ke atas Gaza baru-baru ini. – Foto Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ)

BEGITU ramai wartawan maut sejak minggu pertama perang tercetus antara Israel-Hamas di Gaza berbanding jumlah korban dalam beberapa konflik lain di wilayah itu sebelum ini sejak 1992, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).

Menurut CPJ, sehingga hari ini (2 November), seramai 33 wartawan dilaporkan terbunuh, manakala lapan orang lagi cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan, kata CPJ dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X.

AWANI

Exit mobile version