Site icon Sabah Baru News

STAR semakin diyakini di DUN Bingkor

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor memberitahu, STAR bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mengutarakan suara rakyat bagi membangunkan Sabah selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

KENINGAU: Kemasukan ahli baharu ke Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) memberi isyarat jelas parti itu semakin diyakini rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.

Timbalan Presiden STAR Datuk Robert Tawik berkata tidak dinafikan lagi parti itu terus menjadi pilihan rakyat berdasarkan apa yang diperjuangkan STAR untuk rakyat Sabah di bawah pimpinan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.


“Hari ini kita menyaksikan penyerahan borang kemasukan ke parti STAR seramai 88 orang iaitu dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuangoh dan PDM Bingkor dalam DUN Bingkor.


“45 orang dari Kampung Labak dan Linggawon yang disampaikan Edward Tirik; 37 dari Kampung Kuangoh yang diserahkan oleh Ketua PDM Kuangoh Azmi Ongklis dan enam lagi dari Kg Awas-Awas yang diserahkan Toburau Sumping.

“Saya berharap ramai lagi rakyat akan memilih STAR dan bersama parti serta Presiden bagi memastikan STAR dapat menyuarakan aspirasi rakyat kepada kerajaan.

Timbalan Presiden STAR Datuk Robert Tawik


“STAR menerusi pimpinan akan terus membawa suara rakyat kepada Kerajaan Pusat untuk menuntut hak-hak Sabah yang mana belum dilaksanakan, ” katanya.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor memberitahu, STAR bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mengutarakan suara rakyat bagi membangunkan Sabah selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


Justeru beliau mengajak seluruh rakyat supaya bersatu menyokong kerajaan negeri pimpinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri bagi memastikan suara akar umbi didengari Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version