Emel sudah mula dihantar kepada pihak yang mungkin berminat dengan bayaran $50,000 dikenakan untuk membeli akaun tertentu. -Amanz
ANDA mahukan nama akaun yang bagus di X tetapi ia telah diambil orang? Kelak anda mungkin boleh memiliki nama akaun tertentu sekiranya ia tidak lagi aktif.
Menurut laporan Forbes, X sedang membangunkan ruang jual beli untuk akaun-akaun yang tidak lagi aktif selepas didaftarkan.
Emel sudah mula dihantar kepada pihak yang mungkin berminat dengan bayaran $50,000 dikenakan untuk membeli akaun tertentu.
Sebelum ini Elon Musk pernah dipetik berkata akan memadam 1.5 bilion akaun-akaun yang tidak lagi aktif. Menurut beliau ini adalah bagi memerangi akaun spam dan bot.
Tidak aktif menurut X ialah akaun yang tidak dilog masuk lebih daripada 30 hari
Sekiranya anda mempunyai akaun X yang sudah lama tidak dilog masuk, sila lakukannya sekarang supaya ia tidak dijual oleh X secara mengejut.
Ini dilihat sebagai satu lagi cara untuk X menjadi pendapatan yang semakin merosot selepas setahun diambil alih oleh Musk.
Hanya dua minggu lalu mereka memperkenalkan dua pelan baharu untuk X Premium dan sebelum ini mengenakan bayaran $1 untuk akaun-akaun baharu di New Zealand dan Filipina. –Amanz
— AWANI