Site icon Sabah Baru News

Perlukah Kerajaan Sabah dipromosi?

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika menerima kunjungan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan tidak lama dulu.

KERAJAAN negeri telah lengkap- ada kementerian, ada jabatan kerajaan, ada agensi kerajaan, ada syarikat berkait kerajaan, dan tentunya ada kakitangan awam di seluruh daerah.

Jika kerajaan mempromosikan kerajaan, maka ianya bukan melibatkan RM10 juta seperti mana dakwaan Mawar Channel kendalian penyokong Parti Warisan atau seperti mana dakwaan penulis Blog- dkmsabah.blogspot.com, akan tetapi kerajaan mengunakan peruntukan seperti mana bajet tahunan. Contohnya bagi tahun 2023 berjumlah RM5.138 bilion.

Jika juga pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri dipromosikan, jumlahnya bukan RM10juta, akan tetapi berkali-kali ganda, sepertimana peruntukan pembangunan dan sentuhan kasih untuk setiap ADUN.

Sesebuah kerajaan atau pemimpin kerajaan tidak perlu dipromosikan oleh pihak ketiga seperti mana dakwaan, atas sebab semua aparatus kerajaan menjalankan promosi terhadap kerajaan, terhadap pemimpin kerajaan.

Jika kerajaan ada unit media sendiri, ianya ada lah keperluan sebagai “one stop centre” agar semua maklumat, berkaitan aktiviti kerajaan, pencapaian, yang melibatkan rakyat dan negeri seragam dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri, tidak perlu membayar pihak ketiga untuk dipromosikan, kerana aparatus/jentera kerajaan sendiri bertanggungjawab mengenainya.

Pada hakikatnya pihak yang memerlukan promosi adalah pihak pembangkang. mempromosi bulan dan bintang, menabur fitnah, menabur pembohongan, dan menggunakan laskar upahan (sibertropper) yang bersifat halimunan (ada yang berlambang binatang, hantu).

Manakala pihak kerajaan, mempunyai berbagai saluran rasmi, untuk rakyat dapat maklumat rasmi dan sahih berkaitan kerajaan.

Tiada istilah white propaganda atau black propaganda bagi kerajaan dan pemimpin kerajaan, kerana setiap maklumat yang dikongsikan, adalah pencapaian, perancangan, strategi membela dan memajukan rakyat dan negeri.

Kerajaan sedar, semasa pilihan raya, rakyat ada lah pengadil. Perkara yang diadili, ada lah berkaitan pencapaian kerajaan, apa kah berkaitan ekonomi, kutipan hasil, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, jumlah pelaburan dan sebagainya.

Kepada peminat, media atas talian, sematkan dalam hati dan sanubari, apabila terbaca maklumat-maklumat tertentu yang bersifat dakwaan, tohmahan, termasuk cerita-cerita tidak sahih, semuanya itu adalah perbuatan pembangkang.

Kepada sesiapa sahaja, perlu ingat, kerajaan dan pemimpin kerajaan hanya berkongsi berkaitan pencapaian, kemajuan, perancangan, membela rakyat, dan semuanya disampaikan, dikongsi oleh mereka yang wujud, bertugas, diberi tanggungjawab.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version