Site icon Sabah Baru News

GLC Sabah gagal cipta keuntungan dibidas

Menurut Masidi, Agensi/GLC bukan “cash cow’ bagi pengurusan tertinggi atau lembaga pengarah, dan tidak bimbang apabila operasi tidak mendatangkan keuntungan, dan mengharapkan suntikan modal daripada kerajaan untuk kekal beroperasi.

MENTERI Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang diberi tanggungjawab berkenaan agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membidas agensi/GLC yang gagal mencipta keuntungan, kerana itu gagal membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Masidi berkata demikian semasa melancarkan Yono Superapp yang dioperasikan oleh Sabah Credit Corporation (SCC) di SICC pada Khamis, 9 November 2023.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dilaporkan kecewa kerana bayaran dividen daripada agensi/GLC menurun 13 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, ada agensi/GLC masih tidak mencapai jumlah yang ditetapkan kerajaan, iaitu minimum RM1juta.

Menurut Masidi, Agensi/GLC bukan “cash cow’ bagi pengurusan tertinggi atau lembaga pengarah, dan tidak bimbang apabila operasi tidak mendatangkan keuntungan, dan mengharapkan suntikan modal daripada kerajaan untuk kekal beroperasi.

Tambah Masidi lagi, kerajaan tidak dapat bertoleransi terhadap agensi/GLC yang sentiasa beroperasi “at loss”, kerana ianya hanya membebankan kewangan kerajaan. Mereka yang diberi tanggungjawab perlu “bangun” jika tidak akan berhadapan untuk ditamatkan perkhidmatan.

Mereka yang dilantik, termasuk ahli politik, perlu bekerja keras memajukan agensi/syarikat, dan perlu sedar, elaun, gaji yang diperolehi adalah menerusi kerja keras dan operasi yang menguntungkan.

Agensi/GLC mana yang dimaksudkan beroperasi tidak menguntungkan itu, tidak dinamakan, kerana tidak mengikut tatacara syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa saham yang perlu mengumumkan untung rugi setiap tahun.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version