Site icon Sabah Baru News

125 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 125 kes baharu Covid-19 hari ini, naik empat kes berbanding kelmarin (121).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perubahan angka yang kecil ini adalah sejajar dengan kadar positiviti yang sama seperti kelmarin (6.34%) dengan jumlah sampel ujian yang bertambah secara marginal, 1971 (+61).

Katanya, jumlah daerah yang merekodkan jangkitan dua angka bertambah kepada lima iaitu Kota Kinabalu 30 kes (-11), Sandakan 17 kes (+10), Tawau 12 kes (+5), Tuaran 12 kes (-3) dan Papar 10 kes (+5). 

“Sembilan daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sebanyak 124 daripada 125 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 3.*

Jumlah kes mengikut daerah: 

Kota Kinabalu 30 (41)

Sandakan 17 (7)

Tawau 12 (7)

Tuaran 12 (15)

Papar 10 (5)

Kota Belud 7 (0)

Penampang 7 (3)

Putatan 7 (8)

Beaufort 5 (3)

Kota Marudu 5 (4)

Kudat 3 (4)

Semporna 3 (2)

Tenom 2 (0)

Beluran 1 (2)

Kalabakan 1 (1)

Keningau 1 (2)

Kinabatangan 1 (0)

Ranau 1 (3)

Kuala Penyu 0 (0)

Kunak 0 (0)

Lahad Datu 0 (9)

Nabawan 0 (0)

Pitas 0 (0)

Sipitang 0 (2)

Tambunan 0 (3)

Telupid 0 (0)

Tongod 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 20/10/2022)

 Kluster Baharu

         Tiada 

wartaoriental

Exit mobile version