Site icon Sabah Baru News

Buku Belanjawan 2024 dibentang di DUN Sabah esok

TERIMA: Masidi (sembilan kiri) menerima Buku Belanjawan 2024 daripada Sofian (lapan kiri) di Pejabat Menteri Kewangan di Menara Kinabalu, disaksikan bersama pegawai dari Kementerian Kewangan Sabah.

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sudah menerima dan membuat semakan terakhir terhadap Buku Belanjawan 2024.

Buku Belanjawan yang bertemakan Sabah Teguh, Rakyat Terbela, ini akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada jam tiga petang esok bersamaan Jumaat, 24 November 2023.

Terdahulu, Buku Belanjawan 2024 itu diserahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Sofian Alfian Nair bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan Mohd Faizal Mohd Tahir, Setiausaha Rendah Bahagian Cukai Jualan Negeri Evina Brenda Majimbun, Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri Datuk Peter Thien serta pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version