Site icon Sabah Baru News

Hajiji pengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah

MESYUARAT: Hajiji ketika mempengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah di Menara Kinabalu, di sini semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan.

Hajiji turut mengumumkan pelantikan Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff dan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik sebagai ahli tetap JKKN Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version